Sunday, December 5, 2010

BERUBAHLAH KE JALAN ALLAH..

Sahabat-sahabatku...

Tinggal 1-2 hari lagi bagi umat Islam menyambut Tahun Baru 1432H yang penuh barakah ini. Pada tahun baru ini, ummi ingin mengajak sahabat-sahabat untuk mengimbas kembali sepanjang perjalanan kita bagi tahun 1431H sama ada lebih baik ataupun sama sahaja seperti tahun - tahun yang lepas.

Bagi sahabat ummmi yang perjalanan tahun ini lebih baik, maka jadikanlah tahun ini lebih baik manakala jika perjalanan kita kurang baik atau sama sahaja... marilah kita bersama-sama membuat anjakan paradigma ke arah yang lebih baik.

Jika kita inginkan perjalanan yang luar biasa, kita perlu lakukan dengan cara yang luar biasa. Apapun, segala yang kita lakukan perlu dilakukan kerana Allah  Taala...Lillahi Taala.. InsyaAllah ,Allah akan sentiasa bersama dengan kita.

"Semoga Tahun Baru Ini Membawa Berita Gembira"

Monday, September 27, 2010

Rebutlah Kelebihan Berpuasa 6 Hari di Bulan Syawal

Sahabat-sahabatku,rebutlah kelebihan berpuasa 6 hari di bulan Syawal. sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui kelebihan di hari itu.

Amalan ziarah-menziarahi amat perlu bagi mengeratkan silaturahim sesama muslim. 

Monday, September 13, 2010

Sunday, September 5, 2010

Main Bowling bersama Nisa' Kawasan Rembau

Seronok melihat adik-adik remaja bermain bowling ketika program bersama Nisa' Rembau. Saya dan suami turut hadir bagi memriahkan suasana. Bergambar bersama Ketua Nisa' Rembau,Solihah.

Solat Hajat dan Berbuka Puasa SK(F)BBS 2010

Program ini dianjurkan oleh Unit Kaunseling sekolah dan dibantu oleh Panitia Agama Islam dan panitia yang lain. Solat Hajat yang dilakukan ini adalah untuk murid-murid tahun 6 serta ibubapa murid tahun 6. Imam yang mengendalikan solat Hajat dan Bacaan Yassin adalah Imam 1,Ustaz Junaidi.

Semoga muri-murid dari sekolah SKFBBS mendapat keputusan yang terbaik pada tahun ini,InsyaAllah..


Program Khatam Al-Quran SK(F)BBS
Program ini telah dijalankan pada 3 September 2010 di Masjid Bandar Seri Jempol. Murid yang menyertai program khatam ini adalah seramai 78 orang iaitu 31 murid lelaki dan 45 murid perempuan.

Program ini dirasmikan oleh Guru Besar Cemerlang, En.Hj.Mohmad Sabere bin Hj Zakaria dan diketuai oleh Imam 2, Ustaz Hamid.
diharap program anjuran Panitia Agama Islam ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang,InsyaAllah..
Tahniah kepada Ustz Fatimah, Ust Hazni,Ust Nizam,Ustz Mazura,Ustz Suraya,Ustz Aini, Ustz Niza dan Ustz Zuraidah.

Friday, September 3, 2010

Hayati 10malam Terakhir Ramadhan..

  Ramadhan kian surut..masrilah kita bersama-sama rebut pahal yang melimpah di dalamnya...