Sunday, December 5, 2010

BERUBAHLAH KE JALAN ALLAH..

Sahabat-sahabatku...

Tinggal 1-2 hari lagi bagi umat Islam menyambut Tahun Baru 1432H yang penuh barakah ini. Pada tahun baru ini, ummi ingin mengajak sahabat-sahabat untuk mengimbas kembali sepanjang perjalanan kita bagi tahun 1431H sama ada lebih baik ataupun sama sahaja seperti tahun - tahun yang lepas.

Bagi sahabat ummmi yang perjalanan tahun ini lebih baik, maka jadikanlah tahun ini lebih baik manakala jika perjalanan kita kurang baik atau sama sahaja... marilah kita bersama-sama membuat anjakan paradigma ke arah yang lebih baik.

Jika kita inginkan perjalanan yang luar biasa, kita perlu lakukan dengan cara yang luar biasa. Apapun, segala yang kita lakukan perlu dilakukan kerana Allah  Taala...Lillahi Taala.. InsyaAllah ,Allah akan sentiasa bersama dengan kita.

"Semoga Tahun Baru Ini Membawa Berita Gembira"